Kabinet Dapur > Informasi Kabinet Dapur > Susun Atur Dapur
Susun Atur Dapur ( Kitchen Layout)
Susun Atur Dapur (Kitchen Layout) adalah cara pengaturan kabinet dapur dan peralatan dapur, susun atur dapur (Kitchen Layout) membentuk struktur dan reka bentuk dapur kita, kecekapan penggunaan ruangan adalah bergantung ke susun atur dapur (Kitchen Layout), susun atur dapur (Kitchen Layout) yang sesuai memastikan kecekapan penggunaan ruangan dan aliran kerja.
Satu prinsip utama untuk membentuk susun atur dapur (Kitchen Layout) adalah zon kerja segitiga dapur. Zon kerja segitiga dapur termasuk zon penyimpanan, penyediaan makanan dan pembersihan. Berikut merupakan beberapa susun atur dapur (Kitchen Layout) untuk rujukan anda.
Susun Atur Dapur Jalur Tunggal (Single Line Kitchen Layout)
![]() |
Susun atur dapur jalur tunggal meletakan zon kerja segitiga dapur di satu garisan. Susun atur ini sesuai untuk ruangan dapur yang terhad.
Susun Atur Dapur Berbentuk L (L-Shaped Kitchen Layout)
![]() |
Susun Atur Dapur Berbentuk L (L-Shaped Kitchen Layout) menggunakan dua belah dinding, susun atur ini sesuai untuk ruangan dapur yang sederhana, ia menggunakan ruangan dengan cekap. Susun atur berbentuk L adalah susun atur dapur yang paling banyak digunakan.
Susun Atur Dapur Berbentuk Selaris (Corridor/Galley Kitchen Layout)
![]() |
Susun Atur Dapur Selaris (Galley/Corridor Kitchen Layout) menyusunkan kabinet dapur di dua garisan (dinding) dengan satu koridor ditengah. Susun atur dapur selaris meletakan zon kerja dapur berdepan satu sama lain, menyediakan ruangan yang mencukupi semasa memasak. Susun atur dapur selaris dapat membentuk zon kerja segitiga yang cekap.
Susun Atur Dapur Berbentuk U (U-Shaped Kitchen Layout)
![]() |
Susun Atur Dapur Berbentuk U (U-Shaped Kitchen Layout) menyusun tiga zon kerja dapur di tiga dinding bersebelahan, ia mengagihkan zon kerja segitiga dapur ke tiga dinding yang berlainan, aliran tiga zon kerja dapur adalah lancar tanpa halangan. Susun atur dapur berbentuk U (U-Shaped Kitchen Layout) membolehkan ruangan yang mencukupi di dapur kita.
Susun Atur Dapur Berbentuk G (G-Shaped Kitchen Layout)
![]() |
Susun Atur Dapur Berbentuk G (G-Shaped Kitchen Layout) merupakan penambahan kabinet di susun atur dapur berbentuk U untuk menjadi dapur kita lebih tertutup. Ia dapat menambah kabinet atau ruang simpanan dengan susun atur dapur berbentuk G (G-Shaped Kitchen Layout) .
Susun Atur Dapur Dengan Pulau (Kitchen Layout with Island)
![]() |
"Pulau(Island)" merupakan kabinet dapur yang persendirian, sebagai satu "pulau" di dapur kita. "Pulau" dapat menambah ruangan pengyimpanan dan zon kerja. "Pulau" sesuai dengan susun atur dapur berbentuk L.
Kabinet Dapur | Produk | Informasi Kabinet Dapur | Hubungi Kami |